Spesifikasi Honor 9X Tertiris – Mungkin Membawa Rekaan Skrin Penuh, Kirin 810, Kamera Pop-Naik 32MP

Spesifikasi Honor 9X Tertiris – Mungkin Membawa Rekaan Skrin Penuh, Kirin 810, Kamera Pop-Naik 32MP

Diterbitkan pada June 26, 2019 oleh .

Honor pada tahun ini dijangka akan melancarkan Honor 9X sebagai model ganti kepada Honor 8X yang dilancarkan pada tahun lalu. Nampaknya spesifikasi untuk model terbaru Honor ini telah tertiris ke arena web, bagi membolehkan pengguna mendapatkan gambaran sejumlah fungsi yang bakal hadir pada peranti ini.

Melalui gambar yang dikongsikan Huawei Central, Honor 9X dijangka akan membawakan rekaan skrin penuh tanpa takuk, selain menyertakan keupayaan kamera pop naik 32MP. Keupayaan kamera utamanya dilaporkan akan hadir dengan sensor 48MP, bersama pengoptimasian AI untuk menjadikan gambar lebih menarik tidak kira apa jua situasi penggambaran.

Dari segi spesifikasi, ia bakal dijana dengan cip Kirin 810 yang mana dikatakan mampu menawarkan kelajuan seumpama cip Snapdragon 730. Ia juga akan dilengkapi dengan GPU Turbo 3.0 dan sistem fail EROFS untuk menambah baik kelajuan permainan dan tugasan harian.

Namun begitu, gambar yang tertiris ini tidak dapat disahkan kesahihannya dan mungkin terdapat perubahan apabila ia dilancarkan kelak. Sekiranya ia benar-benar hadir dengan rekaan skrin penuh, kita mungkin dapat melihat penawaran rekaan seperti ini pada harga yang lebih rendah berbanding Xiaomi Mi 9T.



TIPS & ULASAN