NASA Menggantikan Cermin Hadapan Pesawat Supersonik X-59 QueSST Dengan Skrin 4K

NASA Menggantikan Cermin Hadapan Pesawat Supersonik X-59 QueSST Dengan Skrin 4K

Diterbitkan pada June 26, 2019 oleh .

NASA mengumumkan projek QueSST bagi membangunkan pesawat penumpang berkelajuan supersonik tetapi tidak menghasilkan dentuman sonik pada tahun 2017. Tahun lalu Lockheed Martin memenangi kontrak membangunkan pesawat prototaip berskala kecil bagi menjadikan impian mengembalikan pesawat penumpang supersonik ke udara selepas persaraan Concord.

Pihak NASA telah berkongsi rekaan kokpit pesawat ujian X-59 QueSST buat pertama kali dan langkah yang diambil adalah amat berani. Tidak seperti pesawat biasa, kokpit X-59 tidak akan dilengkapi cermin hadapan. Sebaliknya juruterbang akan mengemudi pesawat dengan memandang sebuah skrin 4K. Sistem eXternal Visibility System (XVS) menggunakan sebuah kamera pada muncung pesawat sebagai mata kepada juruterbang.

Antara cara untuk mengurangkan dentuman sonik yang kuat ialah dengan mereka pesawat dengan bahagian muncung yang panjang. Juruterbang X-59 duduk pada bahagian tengah pesawat. Oleh itu rekaan kokpit kaca tidak diperlukan. Hanya dua cermin sisi disertakan pada kokpit pesawat ini.


TIPS & ULASAN