Carian
Fungsi Memadam Data Dan Lokasi Peribadi Google Secara Automatik Kini Boleh Digunakan
June 27, 2019 Effi Saharudin

Anda menggunakan perkhidmatan Google secara “percuma” tetapi anda sebenarnya membayar dengan data peribadi yang digunakan untuk paparan iklan serta promosi yang berkaitan. Pengguna moden lebih cakna mengenai bagaimana data peribadi digunakan dan mungkin tidak mahu ia digunakan bagi tujuan pengiklanan.

Mei lalu Google membenarkan pengguna memadam data peribadi secara manual. Hari ini sistem memadam secara automatik akhirnya diaktifkan. Anda hanya perlu ke laman My Activity akaun Google. Data aktiviti pelayar internet dan lokasi kini boleh diarahkan supaya dipadam secara automatik.

Buat masa ini hanya terdapat tiga pilihan iaitu dipadam setiap 3 bulan ataupun 18 bulan. Selepas tempoh yang ditetapkan, kesemua data akan dipadam oleh Google.

Komen