Cari @ Amanz

Slogan pelancongan Malaysia ialah “Malaysia Truly Asia”. Di kalangan pelancong Malaysia terkenal dengan rakyat yang ramah dan mudah dibawa berbual jika dibandingkan dengan negara Eropah. Minggu ini Snap Inc berkongsi kajian yang mengesahkan status rakyat Malaysia sebagai antara yang paling ramah di dunia.

Kajian Snap mengumpul maklum balas 10,00 responden dari Amerika Syarikat, Arab Saudi, Australia, India, Jerman, Malaysia, Perancis, UAE dan UK. Rakyat Malaysia secara purata mempunyai purata 5.8 kawan baik berbanding purata global 4.3 kawan baik. Pada waktu yang sama rakyat Malaysia mempunyai purata 8.4 teman rapat berbanding purata global 7.2.

Menurut Dr. Nur Hafeeza Ahmad Pazil seorang ahli sosiologi dari Universiti Sains Pulau Pinang, ini adalah kerana kita tinggal di negara pelbagai kaum. Kerana kebiasaan tinggal bersama insan dari berbeza latar belakang, kita lebih terbuka sekaligus memudahkan proses berkawan.

Tetapi menarik sekali Generasi Z kini lebih berhati-hati dalam memilih teman berbanding generasi lain. Ini adalah kerana mereka hidup di era media sosial yang dapat melihat kesan negatif perkongsian yang kerap di atas talian. Hanya 27% selesa berkongsi maklumat peribadi di atas talian secara terbuka berbanding 56%  di kalangan Generasi Y.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda dari Generasi Z yang amat berhati-hati dengan teman atas talian dan memuat naik status kegiatan harian?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd