Honor Komited Untuk Menawarkan Android Q Kepada Kesemua Siri Honor 20

Honor Komited Untuk Menawarkan Android Q Kepada Kesemua Siri Honor 20

Diterbitkan pada June 27, 2019 oleh .

Walaupun Huawei pada saat ini sedang bergelut dalam krisis perdagangan bersama A.S., mereka dilihat terus aktif dalam menawarkan peranti dan kemaskini baru pada saat ini. Sub-jenama mereka iaitu Honor juga membawa langkah yang serupa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.

Honor berkongsi bahawa mereka akan mengemaskini Honor 20 Lite, Honor 20, dan Honor 20 Pro kepada Android Q setelah ia sedia untuk ditawarkan kepada pengguna. Kemaskini ini dijangka akan disertakan dengan antaramuka Magic UI 3.0, bagi menggantikan Magic UI 2.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

Huawei pada sebelum ini telah mengumumkan sekurang-kurangnya 15 peranti yang akan dikemaskini kepada Android Q. Antara peranti yang akan menerima sistem operasi terbaru ini ialah beberapa model daripada siri Huawei P30, Huawei Mate 20, dan Huawei Mate 10.

Dengan pengumuman ini, ia dapat mengurangkan kerisauan pengguna mengenai sebarang sokongan dan kemaskini Android pada kesemua siri peranti Honor 20. Di Malaysia, Honor 20 telah dijual bermula RM1699 dengan penawaran cip Kirin 980, sokongan empat-kamera, dan bateri 3750 mAh.


TIPS & ULASAN