Huawei Mate X ialah peranti yang kami dapat lihat popular di kalangan pembaca Amanz kerana rekaannya yang amat unik serta berinovasi. Pelancarannya telah ditangguh oleh Huawei bagi memperhalusi rekaan dan memperbaiki kekurangan. Bagi yang berminat ia akan dilancarkan pada September hadapan.
Ini adalah menurut slaid pembentangan rasmi wakil Huawei di Rusia pada persidangan 5G di negara tersebut. Pada waktu yang sama Huawei Mate 30 5G pula mensasarkan pelancaran pada bulan Disember 2019. Tiada maklumat sama ada kedua-dua peranti akan dilancarkan di Malaysia memandangkan negara kita hanya mula memperkenalkan teknologi 5G pada tahun 2020. Tetapi Mate 20 5G dan Mate X sudahpun dilihat di negara ketika di beberapa acara mengenai 5G tempatan.