Cari @ Amanz

Tahun ini buat pertama kali peranti dua peranti Galaxy Note akan dilancarkan serentak. Ura-ura sebelum ini mengatakan nama yang bakal digunakan ialah Galaxy Note 10 dan Note 10 Pro dengan Pro hadir dengan skrin lebih besar serta fungsi tambahan. Hari ini gambar sebenar peranti telah tertiris selepas imej pengolokan beberapa minggu yang lalu.

Ia diterima laman YouTube TechTalkTV dari seorang pembaca. Menarik di sini ialah penggunaan nama Galaxy Note 10+ dan bukannya Note 10 Pro. Bila difikirkan ini adalah nama yang lebih sesuai kerana peranti Galaxy S juga meletakkan nama plus pada peranti berskrin lebih besar. Gambar mengesahkan lokasi kamera swafoto Infiniy-O pada tengah skrin, bezel yang amat nipis dan kamera menegak pada bucu atas kanal belakang.

Tidak dapat disahkan sama ada bucu audio disertakan atau tidak dari gambar yang tertiris. Yang jelas kelihatan ialah tiada lagi pengimbas nadi disertakan. Ketiadaan pengimbas ini mungkin tidak akan ditangisi ramai kerana ia kurang digunakan oleh majoriti pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd