Google Membangunkan Fast Share Yang Mempunyai Fungsi Seakan Air Drop

Google Membangunkan Fast Share Yang Mempunyai Fungsi Seakan Air Drop

Diterbitkan pada June 30, 2019 oleh .

Air Drop pada peranti Apple ialah antara fungsi terbaik yang memudahkan perkongsian fail dengan pantas. Ketika Hari Raya yang lalu, puluhan gambar berjaya kami kongsikan bersama sanak saudara dengan panas menggunakan Air Drop. Ia juah lebih mudah berbanding menggunakan Bluetooth atau WhatsApp. Pada platform Android fungsi yang sama nampaknya sedang dibangunkan oleh Google.

Menurut laporan 9to5Google, pesaing Air Drop ini akan menggunakan nama Fast Share. Seperti Air Drop, Fast Share mengesan peranti Android berdekatan dan anda fail akan dihantar ke peranti rakan yang muncul di dalam senarai. Ini mengingatkan kami kepada fungsi yang seakan sama di dalam aplikasi Files dan juga Huawei Share.

Apa yang membuatkan kami teruja ialah ia turut dilihat dapat melakukan perkongsian kepada iPhone, Chromebook dan juga jam tangan pintar. Selain gambar pengguna turut boleh berkongsi teks dan URL kepada peranti berdekatan tanpa menggunakan data Internet.

Sebelum ini Google mengumumkan fungsi Android Beam tidak akan lagi disokong pada Android Q. Besar kemungkinan Fast Share akan menggantikan Android Beam sebagai protokol perkongsian fail dalam masa terdekat. Buat masa ini tiada maklumat bilakah Fast Share akan dilancarkan dan versi sistem operasi Android yang disokong.

Sumber 9to5Google dan XDA Developer


TIPS & ULASAN