Laman Pembangun Untuk Sistem Operasi Fuchsia Daripada Google Kini Aktif

Laman Pembangun Untuk Sistem Operasi Fuchsia Daripada Google Kini Aktif

Diterbitkan pada July 1, 2019 oleh .

Google telah membangunkan sebuah sistem operasi baru yang dinamakan “Fuchsia sejak beberapa tahun lepas. Selepas pelbagai desas-desus berkaitan dengannya, kini laman pembangun untuk Fuchsia telah pun aktif dan boleh diakses oleh para pembangun.

Buat masa ini, laman pembangun menawarkan rekaan asas, selain menawarkan kemudahan untuk para pembangun menguji dan mengetahui lebih lanjut berkenaan sistem operasi berkenaan. Ia boleh dikatakan lebih kurang sama seperti penawaran sebelum ini, tetapi dengan lebih dokumentasi untuk memudahkan para pembangun mengujinya.

Bagi anda yang berminat dengan sistem operasi Fuchsia yang masih pada peringkat pembangun, dan ingin mencubanya, boleh ke laman Fuchsia.dev hari ini.

Layari : Fuchsia


TIPS & ULASAN