Carian
Rekaan Samsung Galaxy Watch Active 2 Tertiris
July 1, 2019 Effi Saharudin

Tahun lalu Samsung Galaxy Watch Active dilancarkan dan menerima reaksi yang bercampur baur dari pengguna. Ini adalah kerana rekaan bezel berputar yang digunakan oleh Samsung selama ini pada jam tangan pintar mereka tidak lagi disertakan. Hasilnya ialah sebuah jam tangan pintar yang kelihatan lebih moden dan kemas berbanding rekaan agak ranggi sebelum ini.

Rekaan untuk Samsung Galaxy Watch Active 2 telahpun tertiris menerus laman Sammobile pada hujung minggu lalu. Seperti model asal, Galaxy Watch Active 2 tidak mempunyai bezel berputar. Menurut Sammobile ia akan ditawarkan dengan saiz 40mm dan 44mm. Tahun lalu hanya model dengan saiz 40mm sahaja ditawarkan. Perubahan lain yang dilalukan ialah terdapat gelang berwarna merah pada butang kuasa bagi memudahkan pengguna membezakan dua butang navigasi sisi yang disertakan.

Akhir sekali versi WiFi dan LTE akan dilancarkan. Masing-masing dengan bateri sebesar 237 mAh dan 340 mAh. Samsung Galaxy Watch Active 2 dijangka dilancarkan serentak dengan Galaxy Note 10 pada Ogos hadapan.

Komen