Apple Menawarkan Program Gantian Papan Logik Untuk MacBook Air 2018

Apple Menawarkan Program Gantian Papan Logik Untuk MacBook Air 2018

Diterbitkan pada July 1, 2019 oleh .

Adakah anda antara pemilik MacBook Air 2o18 yang menerima rekaan serba baharu tahun lalu? Sekiranya anda layak menerima program gantian papan logik percuma kerana masalah yang ditemui pada sebahagian kecil komputer riba yang dihasilkan. Menurut Apple pengguna layak menerima gantian secara percuma

Apple MacBook AirIni adalah menurut memo dalaman yang diterima oleh laman MacRumors. Pengumuman rasmi program gantian ini tidak dilakukan oleh Apple kerana ia dikatakan melibatkan hanya sebahagian kecil MacBook Air 2018 yang dipasarkan. Pelanggan yang terkesan oleh masalah papan logik ini akan menerima emel dari Apple bagi mendapatkan alat ganti. Tiada maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna disebabkan oleh papan logik.

MacBook Air 2018 hadir dengan papan kekunci kupu-kupu serta skrin yang beresolusi lebih tinggi lengkap dengan bezel lebih nipis. Pemproses Intel generasi terkini turut ditawarkan oleh model ini bersama dengan Touch ID terbina pada butang kuasa.


TIPS & ULASAN