Spotify Menghentikan Fungsi Yang Membenarkan Artis Memuat Naik Lagu Sendiri

Spotify Menghentikan Fungsi Yang Membenarkan Artis Memuat Naik Lagu Sendiri

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

Pada September tahun lalu, Spotify memperkenalkan fungsi yang membenarkan artis memuat naik sendiri lagu tanpa perlu melalui syarikat rakaman menerusi Spotify for Artists. Pemuzik yang memuat naik sendiri muzik akan menerima potongan keuntungan 50% dengan setiap lagu yang distrim yang kemudian royalti disalurkan terus ke akaun peribadi pada hujung bulan.

Hari ni Spotify mengumumkan fungsi ini akan dihentikan bermula 30 Julai 2019. Kesemua karya yang telah dimuat naik akan dipadam selepas tarikh tersebut. Artis yang tidak berlabel tetapi ingin memuat naik karya mereka kini perlu berurusan dengan rakan pengedar yang dilantik oleh Spotify. Menurut Spotify, ribuan artis menggunakan fungsi muat naik yang masih di peringkat Beta.


TIPS & ULASAN