Kajian Terkini Berjaya Menghapuskan Jangkitan HIV Pada Tikus Menggunakan Teknik Suntingan DNA

Kajian Terkini Berjaya Menghapuskan Jangkitan HIV Pada Tikus Menggunakan Teknik Suntingan DNA

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Teknik suntingan DNA CRISPR adalah antara alat yang kini digunakan bagi merawat pelbagai penyakit. Menurut kajian terkini dari penyelidik di Temple University dan University of Nebraska Medical Center, CRISPR turut berjaya menghapuskan jangkitan HIV pada tikus makmal. Ini adalah sebuah lagi langkah besar dalam perlumbaan mencari rawatan penyakit AIDS yang boleh membawa maut.

Dalam kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Nature Communication, rawatan CRISPR-LASER ART telah digunakan. Pertama sekali bahagian DNA yang dijangkiti HIV akan disunting sebelum rawatan terapi antiretroviral (ART) Laser digunakan untuk membunuh sakit baki virus. Sebanyak 9 dari 21 tikus makmal yang dijangkiti HIV tidak lagi menunjukkan kewujudan virus selepas menjalani rawatan.

Langkah seterusnya ialah untuk melakukan kajian rawatan yang sama ke atas primat dengan sasaran ujian ke atas manusia bermula seawal tahun hadapan. Penggunaan teknik menyunting DNA mungkin kedengaran agak pelik digunakan pada penyakit seperti HIV/AIDS. Tetapi virus HIV membiak dengan menanam diri ke DNA pesakit. Sekiranya ia disunting, mekanisme pembiakan ini akan dapat dihentikan.

Sebelum ini bayi yang imun kepada HIV telah dihasilkan di China selepas DNA disunting menggunakan teknik CRISPR. Dr. Jiankui He dikecam dunia perubatan dunia kerana apa yang dilakukan oleh beliau adalah tidak beretika dengan kesan jangka panjang yang masih belum diketahui sepenuhnya.


TIPS & ULASAN