Carian
Aplikasi Your Phone Kini Boleh Memaparkan Notifikasi Dan Kandungan Peranti Android Pada Komputer Windows 10
July 4, 2019 Effi Saharudin

Telefon pintar mungkin komputer utama bagi kebanyakan pengguna. Tetapi untuk melakukan tugasan lebih rumit sebuah komputer desktop masih diperlukan. Di pejabat kami kerap kali diganggu notifikasi telefon pintar ketika menggunakan PC. Bagi mereka yang tidak mahu berhenti bekerja semata-mata untuk melihat notifikasi pada peranti, aplikasi Your Phone telah di kemaskini oleh Microsoft,

Menerusi Your Phone, kesemua notifikasi dari peranti Android akan dipaparkan pada komputer Windows 10. Selain itu mesej dan gambar dari peranti juga boleh diakses terus dari PC. Malahan terdapat fungsi mengambil gambar dari peranti Android yang kemudian dihantar terus ke PC seperti yang disokong pada macOS dan iOS.

Untuk menikmati fungsi ini PC perlu menggunakan Windows 10 dengan kemas kini April 2018 dan aplikasi Your Phone terkini untuk PC dan Android. Sebelum ini fungsi ini hanya diaktifkan kepada pengguna Windows Insider sahaja.

Komen