Samsung sebelum ini telah pun menyatakan bakal menawarkan Galaxy A80 bermula bulan Julai ini, dan selari dengannya, kini beberapa penjual telah mula mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar berkenaan.
Galaxy A80 hadir dengan rekaan kamera berputar secara mekanikal – membolehkan pengguna menggunakan kamera berkuasa untuk rakaman utama dan juga rakaman swafoto. Ia menggunakan gabungan tri-kamera 48MP + 8MP + TOF untuk rakaman gambar berkenaan.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.7-inci, cip pemprosesan Snapdragon 730, dilengkapi memori 8GB RAM, dan storan 128GB, serta bateri 3700mAh.
Beberapa penjual telah mula mengambil pra-tempahan pada harga RM2499, dan mengatakan ia bakal dipasarkan bermula 13 Julai 2019 kelak.
Jadi, pada harganya, apa kata anda?