Swiftkey Kini Hadir Dengan Fungsi ‘Puppets’ – Animoji Mereka Tersendiri

Swiftkey Kini Hadir Dengan Fungsi ‘Puppets’ – Animoji Mereka Tersendiri

Diterbitkan pada July 5, 2019 oleh .

Sejak Apple memperkenalkan Animoji pada iPhone X, makin banyak pengeluar peranti Android hadir dengan variasi mereka tersendiri. Contohnya adalah; Huawei AR Lens, Xiaomi Mimoji dan yang paling teruk adalah Asus Zenmoji. Emoji beranimasi dalam bentuk 3D ini bukanlah satu perkara yang penting, tetapi ia seronok untuk digunakan.

Terkini, Swiftkey iaitu aplikasi papan kekunci telah memperkenalkan variasi Animoji mereka yang tersendiri – ‘Puppets‘. ‘Puppets’ adalah emoji beranimasi yang boleh dirakam kurang dari 30 saat dan dikongsi melalui banyak aplikasi yang disokong oleh platform Android. Pengguna yang ingin menaip dengan lebih pantas sudah boleh menggunakan papan kekunci Swiftkey, tetapi dengan ‘Puppets’ pengguna boleh membuat ekspresi wajah yang menarik. Swiftkey mensasarkan pengguna untuk menggunakan ‘Puppets’ untuk berkomunikasi dengan rakan atau yang tersayang dalam bentuk haiwan yang comel.

Fungsi ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan Microsoft, yang mengumpulkan data daripada ribuan wakil yang telah merakam ekspresi wajah mereka bagi menjadikan ‘Puppets’ lebih realistik. Menurut Microsoft, ‘Puppets’ lebih mengenalpasti apa wajah seseorang dan tidak seperti produk serupa yang menggunakan sensor kedalaman 3D.

Bagi mereka yang ingin mencuba, fungsi ini hadir dalam Swiftkey Beta dan boleh dimuat turun bermula hari ini di Play Store.

Muat Turun Swiftket Beta Di Sini


TIPS & ULASAN