Mimoji diperkenalkan kepada umum ketika pelancaran Xiaomi Mi 8. Ia membenarkan avatar tiga dimensi dikawal dengan wajah pengguna yang persis dengan fungsi Animoji pada peranti Apple. Fungsi yang diberikan agak terhad dengan watak yang maskot Mitu antara yang boleh dipilih. Pada Xiaomi Mi CC9, Mimoji akan ditambah baik dengan pelbagai fungsi menarik.
Pengguna boleh menghasilkan avatar tiga dimensi wajah mereka sendiri. Ia kemudian boleh dikustomasi dengan gaya rambut dan aksesori berbeza. Sebanyak 165 gaya dan aksesori boleh dipilih untuk kegunaan avatar yang sesuai dengan gaya pengguna. Dari imej acah di atas, avatar tersebut boleh menggantikan waja sama seperti Memoji pada peranti Apple. Xiaomi Mi CC9 akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Julai hadapan.