Cari @ Amanz

Kamera Face ID pada iPhone X membolehkan wajah pengguna diimbas secara tiga dimensi. Ia turut membolehkan data dari imbasan wajah ini digunakan untuk melakukan animasi untuk sistem Animoji mereka. Xiaomi Mi 8 dipercayai akan mempunyai sistem Face ID dan nampaknya akan turut menyokong Animoji tersendiri.

Video acah di atas dihasilkan untuk menunjukkan kemampuan Mi 8 yang akan dilancarkan pada 31 Mei ini. Jelas sekali “Mimoji” menyerupai sistem Animoji Apple. Watak yang boleh digunakan juga sama dengan Animoji iaitu khinzir, panda dan musang cuma dengan penambahan watak maskot arnab Xiaomi. Adakah “Mimoji” setanding dengan Animoji? Jawapannya akan diketahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd