Minggu lalu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berpendapat bahawa tanda harga perkhidmatan tersebut tidak meningkat akan selepas 12 Julai di mana penguatkuasaan lesen PSV ana bermula. Tetapi menurut Daryl Chong yang merupakan presiden Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA), tanda harga mungkin akan meningkat sehingga 50% bergantung kepada situasi.
Ini adalah kerana kekurangan pemandu akan mengakibatkan harga lonjakan (surge pricing) dikenakan apabila berlakunya permintaan yang tinggi pada waktu puncak. Tambah beliau lagi pengguna turut perlu menanti lebih lama untuk kenderaan kerana jumlah pemandu yang dijangka berkurangan sehingga 50% selepas tarikh tersebut.
Setakat ini hanya a 10151 memohon dan lulus ujian lesen PSV. Ini adalah angka yang jauh lebih rendah berbanding sekitar 200,000 pemandu yang beroperasi pada waktu ini yang majoritinya adalah bekerja secara separuh masa.