Imej Acah Mengesahkan Peranti Vivo S1 Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

Imej Acah Mengesahkan Peranti Vivo S1 Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

Diterbitkan pada July 8, 2019 oleh .

Peranti Vivo S1 dilancarkan pada Mac lalu di China sebagai alternatif lebih mampu milik kepada Vivo V15. Kedua-dua peranti dilengkapi pemproses MediaTek Helio P70 dan sistem trikamera utama. Terkini imej acah di bawah telah dikongsi oleh pihak Vivo Malaysia yang mengesahkan kemasukan S1 ke pasaran tempatan kelak.

Dari siaran media yang kami terima, Vivo masih belum memutuskan untuk membawa masuk S1 atau S1 Pro. Mereka juga berkata perubahan spesifikasi mungkin akan dilakukan pada peranti berbanding yang dijual di China.

Sebelum ini Vivo S1 hadir dengan skrin 6.53″ LCD, dijana cip Helio P50, memori 6GB RAM, storan 128GB, kamera swafoto 24.8MP, kamera utama 12+8+5 MP dan bateri sebesar 3940 mAh. Kebiasaannya maklumat lengkap akan diketahui dua minggu selepas imej acah dikongsi ke media sosial. Kami akan melaporkan tarikh pelancaran rasmi sejurus selepas disahkan pihak Vivo.


TIPS & ULASAN