Vivo X27 adalah ‘abang’ kepada Vivo V15 Pro. Ia mempunyai prestasi yang lebih berkuasa, tetapi sedikit pengorbanan pada kamera. Vivo V15 pula adalah ‘adik’ kepada Vivo V15 Pro dengan spesifikasi yang jauh lebih rendah tetapi mempunyai kapasiti bateri yang besar. Terkini, Vivo telah melancarkan ‘adik’ kepada Vivo V15 pula – Vivo S1.
Vivo S1 mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding Vivo V15, tetapi secara keseluruhan masih kelihatan sama. Jadi apa yang membezakan dua peranti ini? Berikut adalah perbezaannya;
Vivo V15 Pro | Vivo V15 | Vivo S1 |
---|---|---|
Snapdragon 675 | Helio P70 | Helio P70 |
6GB + 128GB | 6GB + 128GB | 6GB + 128GB |
48MP + 8MP + 5MP | 12MP + 8MP + 5MP | 12MP + 8MP + 5MP |
Swafoto 32MP | Swafoto 32MP | Swafoto 24.8MP |
Super AMOLED 6.4′ | LCD 6.53′ | LCD 6.53′ |
3700mAh | 4000mAh | 3940mAh |
Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin | Pengimbas Cap Jari Klasik | Pengimbas Cap Jari Klasik |
Vivo S1 dilihat hanya mempunyai perbezaan dari kapasiti bateri yang lebih rendah, sensor kamera swafoto hanya 24.8MP bukan 32MP dan harga yang lebih murah. Vivo S1 dijual di China pada harga RMB2,298, iaitu sekitar RM1395. Ia adalah lebih kurang harga Vivo V15 di Malaysia yang dijual pada harga RM1399. Syukur, Vivo S1 adalah untuk pasaran China sahaja – jika di Malaysia ia pasti adalah satu peranti yang tidak berbaloi untuk dimiliki.