Nokia 5.2 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Kamera ZEISS, PureDisplay, Dan Sokongan OZO Audio

Nokia 5.2 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Kamera ZEISS, PureDisplay, Dan Sokongan OZO Audio

Diterbitkan pada July 8, 2019 oleh .

Pada minggu lalu, kami telah melaporkan mengenai sebuah peranti misteri yang menawarkan rekaan kamera membulat. Nampaknya maklumat lanjut peranti ini telah diperkatakan, yang mana mungkin akan dikenali sebagai Nokia 5.2.

Menurut salah seorang pengguna Twitter yang bernama @nokia_anew, peranti dengan kod nama “Nokia TA-1198” akan dikenali sebagai Nokia 5.2. Untuk makluman, siri Nokia 5 merupakan siri peranti kelas pertengahan, sekaligus meletakkan Nokia 5.2 sebagai peranti kelas pertengahan Nokia yang seterusnya.

Menurut tweet tersebut, Nokia 5.2 akan menyertakan sejumlah teknologi menarik, seperti kamera ZEISS, PureDisplay, dan Nokia OZO Audio. Seperti gambar yang tertiris sebelum ini, ia bakal menyertakan keupayaan kamera 48MP ZEISS bersama sensor kedua untuk kebolehan penggambaran ultralebar.

Dari segi spesifikasinya yang lain, ia dijangka akan hadir dengan paparan PureDisplay Full HD+ dan bakal dijana dengan cip Snapdragon 660. Bagi membolehkan peranti ini dapat memberi ketahanan bateri yang lebih lama, ia bakal dilengkapi dengan kapasiti bateri 3500 mAh.

Namun begitu, kesemua dakwaan ini hanya sekadar ura-ura dan tidak dapat disahkan secara rasmi. Namun dengan segala maklumat yang tertiris ini, kita mungkin dapat melihat pelancaran peranti ini dalam beberapa bulan yang terdekat ini.


TIPS & ULASAN