Cari @ Amanz

Microsoft pada saat ini sedang mengadakan kempen bertemakan Windows 1.0 bagi mempromosikan tayangan “Stranger Things 3”. Untuk meraikannya, mereka telah hadir dengan aplikasi Windows 1.11 pada sebelum ini, dan kini, mereka turut menawarkan latar belakang khas bersempena dengan filem ini.

“Stranger Things 3” mengambil latar masa sekitar 1985, sekaligus membuatkannya berkait dengan elemen retro. Untuk memeriahkan lagi kempen siri TV ini, Microsoft telah menyediakan “Windows Throwback Vintage Theme Wallpaper Pack“, yang mana menampilkan 10 gambar latar belakang dengan rekaan berbeza.

Latar belakang khas ini diinspirasikan daripada Windows 1.0 yang mana memberi penampakan yang ringkas bersama tampilan warna klasik. Walaupun kesemua gambar ini tampil dalam bentuk retro, Microsoft telah menyajikannya dalam resolusi 4K untuk tampilan berkualiti tinggi.

Microsoft telah menawarkan kesemua latar belakang ini secara percuma, yang mana boleh dimuat-turun melalui halaman Windows Store. Ia ditawarkan dalam bentuk Themes untuk Windows 10, jadi anda boleh mengaktifkannya menerusi halaman Personalization > Themes.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd