OnePlus Akan Hadir Dengan OnePlus 7 Berwarna ‘Mirror Blue’

OnePlus Akan Hadir Dengan OnePlus 7 Berwarna ‘Mirror Blue’

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

OnePlus 7 adalah kemaskini kepada OnePlus 6T. Ia sangat serupa dan yang paling jelas perbezaannya adalah ia dikuasakan dengan Snapdragon 855. Walau bagaimanapun, ia masih membawakan banyak penambahbaikan seperti – pengimbas cap jari bawah skrin yang lebih pantas, pembesar suara stereo dan juga tetapan dwi-kamera baharu.

Semasa OnePlus 7 dilancarkan, ia hanya hadir dalam dua warna – iaitu Mirror Gray dan Blush Red. Terkini di laman web rasmi OnePlus India dan Amazon India, OnePlus telah menyenaraikan warna baharu – Mirror Blue. Ia dilihat sedikit sama dengan warna Nebula Blue pada OnePlus 7 Pro. Paling jelas beza Nebula Blue dan Mirror Blue adalah, nama ‘Mirror‘ membawa maksud kemasan yang berkilat dan seakan cermin. Manakala warna seperti Nebula Blue, hadir dengan kemasan yang sedikit kesat dan seakan pusam.

Sayang sekali, warna ini dilihat terhad untuk pasaran India terlebih dahulu. Ini juga bukan kali pertama OnePlus melancarkan warna yang khusus untuk pasaran India. Sebelum ini, OnePlus 5T Star Wars Edition adalah unit edisi terhad untuk pasaran di negara sana sahaja. Paling mengecewakan adalah, sehingga hari ini masih tiada berita mengenai OnePlus 7 untuk pasaran rasmi di Malaysia.


TIPS & ULASAN