Apple Menghentikan Penawaran MacBook 12-inci

Apple Menghentikan Penawaran MacBook 12-inci

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Apple sebelum ini telah hadir dengan penawaran MacBook bersaiz 12-inci pada 2015 yang lepas, dimana ia memulakan rekaan MacBook yang dikemaskini, selain hadir dengan sokongan USB-C.

Kini, selepas beberapa tahun, Apple hari ini telah secara rasminya mengesahkan yang mana mereka tidak lagi akan menawarkan MacBook 12-inci. Sebagai alternatif, pengguna masih boleh mendapatkan MacBook Air dan juga MacBook Pro.

Malah, penawaran MacBook Air yang telah diperkenalkan pada tahun lepas sendiri telah mula menawarkan kuasa pemprosesan berkuasa, rekaan lebih nipis dan bateri bertahan lama – sekaligus menjadikannya sebagai pilihan kepada pengguna berbanding MacBook 12-inci. Selain itu, pengguna juga disediakan dengan iPad Pro yang kini turut boleh digunakan sebagai alternatif MacBook — hasil penawaran iPadOS dan beberapa ciri-ciri khusus bersama dengannya.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan MacBook 12-inci ini, anda masih boleh menyemaknya melalui beberapa penjual tempatan buat masa ini.


TIPS & ULASAN