Cari @ Amanz

Tanggal 12 Julai kelak pemandu perkhidmatan seru-padu di Malaysia perlu mempunyai lesen PSV untuk beroperasi. Ini adalah untuk meletakkan perkhidmatan ini setanding dengan garis panduan yang dikenakan ke atas perkhidmatan teksi selama ini. Grab ialah syarikat seru-pandu dengan pegangan pasaran terbesar di rantau ini dan hari ini mereka mula mengeluarkan peringatan kepada pengguna masa menanti untuk mendapatkan kenderaan akan menjadi lebih lama bermula 12 Julai.

Bagi mengelakkan pengguna mengalami kelewatan, Grab menyarankan supaya kenderaan diseru lebih awal. Mereka turut menggalakkan pengguna perkhidmatan di luar masa puncak iaitu 7-9 pagi dan 5-8 malam. Dengan saranan ini pengguna boleh mengelakkan mengalami kelewatan untuk tiba di destinasi yang diingini.

Sebelum ini kami ada melaporkan jumlah pemandu perkhidmatan seru-pandu akan berkurangan kerana tidak ramai pemandu sedia ada mempunyai lesen PSV. Pada waktu yang sama tanda harga pula mungkin meningkat kerana permintaan yang tinggi akan mengakibatkan sistem harga-lonjakan diaktifkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd