Mimoji, Menyunting Paparan Langit Dan Gestur Atas Udara Akan Hadir Pada Xiaomi Mi 9 Tidak Lama Lagi

Mimoji, Menyunting Paparan Langit Dan Gestur Atas Udara Akan Hadir Pada Xiaomi Mi 9 Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

Xiaomi Mi 9 adalah peranti mercu utama Xiaomi pada tahun ini. Ia dijana Snapdragon 855, mempunyai skrin AMOLED dan HDR yang baik, ketahanan bateri yang memuaskan dan juga hasil kamera yang menakjubkan. Lebih mengejutkan, harga jualan rasmi adalah sangat mampu milik.

Terkini beberapa ciri dan fungsi yang sebelum ini eksklusif untuk Xiaomi CC9, akan hadir pada Xiaomi Mi 9 tidak lama lagi. Antara fungsi tersebut adalah;

  1. Mimoji – Membuat avatar 3D yang boleh bergerak. Ia seakan Apple Memoji.

  1. Suntingan Paparan Langit – Aplikasi galeri MIUI akan mambu membuat suntingan yang boleh mengubah paparan langit. Setiap perubahan hanya akan mengubah warna langit dan tidak akan menjejaskan hasil imej.

3. Gestur atas udara – Seperti peranti Motorola, yang boleh digoyangkan atau diputarkan di atas udara untuk membuka kamera. Fungsi ini adalah melukis huruf di udara, seperti ‘M’ untuk membuka aplikasi muzik dan ‘C’ untuk kamera.

  1. Swafoto Panorama Dengan Pemasa – Mengambil gambar swafoto dalam bentuk sudur lebar, tanpa sebarang kesan herotan. Ia menggunakan teknologi ‘menjahit’ imej untuk menghasilkan imej akhir.

  1. Jam berputar always-on display (AOD) – Sejak Mi 9 diperkenalkan, ia menyokong AOD berwarna dan juga yang bergerak-gerak. Kini ia akan hadir dengan jam berputar.

6. PUBG Mobile 60FPS – PUBG Mobile akan menyokong tetapan HDR dan resolusi paling tinggi. Namun dilihat lebih memfokuskan untuk PUBG Mobile versi China. Ia turut membawakan sokongan kadar bingkai 60FPS.

Terdapat dua lagi fungsi, seperti sokongan NFC untuk tiket bas dan juga Xiao AI yang boleh memberi informasi mengenai pembuangan sampah/sisa. Tidak lupa juga kemaskini Android Q yang tidak lama lagi hadir untuk ROM versi China.

Kemaskini-kemaskini dilihat agak menarik dan Xiaomi Mi 9 masih berada di tangan saya – tidak sabar untuk menguji fungsi-fungsi ini. Seperti biasa, ia akan hadir untuk pengguna China dahulu sebelum akan hadir secara global dalam bentuk yang lebih selamat dan stabil.


TIPS & ULASAN