Leica V-Lux 5 Dilancarkan Sebagai Kamera Melancong Premium

Leica V-Lux 5 Dilancarkan Sebagai Kamera Melancong Premium

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Sebut sahaja nama Leica, ramai pembaca sudah mengetahui ia adalah jenama kamera yang amat disegani dalam industri fotografi. Antara sebab ia cukup dikenali adalah kerana kualiti gambar yang baik dipadankan pula dengan harga jualan yang tinggi. Hari ini mereka melancarkan kamera baharu Leica V-Lux 5 sebagai kamera melancong premium.

Leica V-Lux 5 sebenarnya adalah sebuah Panasonic LUMIX FZ1000 II yang dijenamakan semula. Ia masih menggunakan sensor CMOS 20-Megapixel sebesar 1 inci dipadankan dengan lensa Leica DC Vario-Elmarit ASPH 9.1-146mm f/2.8-4. Gambar boleh diambil pada kadar 12 bingkai sesaat manakala video sehingga resolusi 4K 30FPS.

Terdapat satu skrin LCD sebesar 3″ pada panel belakang yang boleh melipat keluar apabila diperlukan dan juga sebuah viewfinder. Bicu audio dan input mikrofon disertakan. Kamera boleh dicaj semula menggunakan kabel pengecas berkepala mikro USB. Seperti kamera Leica lain di pasaran, V-Lux 5 boleh dikawal menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi Leica FOTOS. Kamera Leica V-Lux 5 dijual pada harga $1,250 (~RM 5160) sebuah.


TIPS & ULASAN