Fon Telinga Huawei Freelace Mula Dijual di Malaysia Pada Harga RM369

Fon Telinga Huawei Freelace Mula Dijual di Malaysia Pada Harga RM369

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Fon telinga nirwayar Huawei FreeLace dilancarkan serentak bersama Huawei P30 Pro pada bulan Mac yang lalu. Ia adalah fon telinga yang unik kerana wayar yang menyambungkan dua fon telinga boleh ditanggalkan untuk dicas terus pada mana-mana port USB-C. Huawei Malaysia mengesahkan FreeLace akan memasuki pasaran tempatan esok pada harga RM369 seutas.

FreeLace hanya dijual tiga bulan selepas dijanjikan oleh Huawei Malaysia. Dengan sekali caj ia mampu beroperasi sehingga 18 jam manakala pengecasan selama 5 minit boleh membolehkannya beroperasi selama 4 jam. Bateri yang disertakan sebesar 120 mAh dan FreeLace turut mempunyai kemampuan kalis air IP5X.

Satu fungsi unik fon telinga ini ialah muzik akan terhenti apabila dua fon telinga dicantum secara magnetik. Apabila ditanggalkan muzik akan bersambung semula dari tempat ia dijedakan. Format bluetooth 5.0 yang terkini disokong.


TIPS & ULASAN