Cari @ Amanz

Huawei P30 Pro dan P30 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini pada harga bermula RM2699. Turut dilancarkan ialah aksesori jam tangan pintar Huawei Watch GT Active dan Elegant. Tetapi Huawei Malaysia sebentar tadi mengesahkan aksesori lain seperti Huawei FreeLace, Freebuds Lite, kaca mata pintar Gentle Monster dan Powerank 1b200 mAh dengan pengecasan 40W akan turut dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Tarikh pelancaran kesemua produk masih belum diumumkan pada waktu ini tetapi mungkin sekitar bulan Jun. Pihak Huawei Malaysia ingin menumpukan terlebih dahulu kepada pelancaran dua peranti pintar dan jam tangan pintar mereka dahulu pada waktu ini. Huawei P30 Pro dan P30 akan mula dijual di Malaysia pada 6 April hadapan. Seperti kami laporkan sebelum ini Huawei memberikan barangan percuma seperti kerangka skuba, kerangka pengecasan nirwayar dan penyandar kandungan kepada pengguna awal yang membeli dua peranti pintar ini untuk waktu yang terhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd