Cari @ Amanz

Huawei Watch GT Active Dan Elegant Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasmi – Bermula Dari RM799

Link Copied!

Minggu lepas, Huawei Watch GT Active dan Huawei Watch GT Elegant telah dilancarkan. Ia adalah versi kemaskini daripada Huawei Watch GT yang dilancarkan Oktober tahun lepas. Bersama-sama dengan Huawei MateBook 13 tadi, keuda-dua jam tangan baru Huawei Watch GT turut dilancarkan di Malaysia secara rasmi.

Huawei Watch GT Active hadir dengan rekaan yang lebih agresif, saiz tali 46mm, skrin AMOLED 1.39″ dan jangka hayat bateri 14 hari. Model ini dijual di Malaysia pada harga RM899. Manakala Huawei Watch GT Elegant pula hadir dengan rekaan yang lebih sesuai untuk wanita. Tali jam adalah 42mm, skrin 1.2″ AMOLED dan jangka hayat bateri hanya 7 hari. Ia dijual pada harga RM799 sahaja. Kedua-dua jam tangan pintar ini hadir dengan sokongan 5ATM, jadi penggunaan aktiviti lasak tidak menjadi masalah.

Kedua-duanya menyokong tri-sistem GPS, pengimbas nadi, barometer, girometer dan accelerometer. Navigasi boleh dilakukan menerusi skrin sesentuh atau dua butang fizikal pada bahagian sisi kanan dan untuk pengecasan ia memerlukan dermaga pengecas magnetik khas yang mengecas dengan kuasa maksimum 10W.


Komen ()