Cari @ Amanz

Jam tangan TicWatch Pro dilancarkan tahun lalu dengan dua skrin. Skrin pertama OLED memaparkan fungsi jam tangan pintar WearOS manakala sekeping lagi skrin FSTN LCD memaparkan maklumat asas yang tidak menggunakan kuasa bateri yang tinggi. TicWatch Pro 4G/LTE telah dilancarkan semalam dengan sokongan 4G dan juga spesifikasi yang dipertingkatkan.

Dari segi rekaan luaran tiada perbezaan dapat dilihat pada TicWatch Pro 4G/LTE berbanding model sebelum ini. Ia masih dilengkapi dwi skrin 1.39″, dijana cip Snapdragon Wear 2100, memori sebesar 1GB RAM da storan sebesar 4GB. Penambahbaikan dilakukan dalam bentuk RAM yang meningkat sekali ganda.

Dengan bateri 415 mAh, TicWatch Pro 4G/LTE boleh berfungsi sehingga 30 hari dalam mod biasa atau sehingga 5 hari dalam mod jam tangan pintar. Peranti boleh digunakan untuk berenang dengan kemampuan kalis air IP68. Sokongan selular dilakukan menerusi sebuah e-SIM. Di Amerika Syarikat jam tangan pintar ini dijual pada harga $279 (~RM 1151) seutas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd