Virgin Orbit Berjaya Melakukan Ujian Pelepasan Roket Untuk Melancarkan Satelit

Virgin Orbit Berjaya Melakukan Ujian Pelepasan Roket Untuk Melancarkan Satelit

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Selain NASA, terdapat beberapa syarikat angkasa lepas swasta yang menawarkan perkhidmatan melancarkan satelit kepada pelanggan. Virgin Orbit tahun lalu menawarkan perkhidmatan unik kerana roket dilancarkan dari sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubahsuai, Mereka telah mengumumkan kejayaan menguji sistem pelepasan roket dari pesawat Cosmic Girl mereka hari ini.

Roket yang diuji tidak berkuasa dan hanya sekadar melihat keberkesanan sistem pendakap yang dipasang di bawah sayap pesawat. Menerusi sistem ini, Roket LauncherOne akan diangkut ke ketinggian melebihi 10,000 meter sebelum dilancarkan ke angkasa lepas dengan kargo seperti satelit.

Menurut Virgin Orbit, sistem mereka ini lebih murah berbanding sistem roket yang terbang dari permukaan bumi. Kerana ia diterbangkan dari udara, cuaca buruk tidak akan menangguhkan pelancaran satelit untuk pelanggan. Selain perkhidmatan pelancaran roket, Virgin juga menawarkan pelancongan ke angkasa lepas menerusi Virgin Galactic.


TIPS & ULASAN