Cari @ Amanz

Huawei pada saat ini sedang membangunkan EMUI 10 iaitu antaramuka generasi akan datang bagi peranti Huawei. Bagi yang menantikan apakah fungsi terbaru yang akan hadir pada EMUI terbaru ini, maklumat lanjut mengenainya akan dapat diketahui pada 9 Ogos ini.

Perkara ini dilaporkan menerusi jadual ucaptama yang diperlihatkan pada laman pembangun Huawei Developer Conference 2019. Pada awal ucaptama HDC 2019, Huawei telah menambah EMUI 10.0 ini sebagai agenda, yang mana akan dibentangkan oleh Dr. Wang Chenglu, iaitu Presiden Kejuruteraan Perisian bagi Huawei Consumer Group.

Melalui gambar yang tertiris pada sebelum ini, EMUI 10 bakal dijana bersama sistem operasi terkini berasaskan Android Q. Ia bakal membawa perubahan dari segi talam notifikasi, rekaan ikon yang diperbaharui, bersama kebolehan privasi yang lebih baik.

Acara Huawei Developer Conference 2019 bakal berlangsung selama 3 hari, iaitu pada 9 hingga 11 Ogos ini. Jadi bagi anda yang berminat untuk mengikuti perkembangan EMUI 10, perkongsian mengenainya dijangka akan mengambil tempat pada 9 Ogos, bermula 3.20 petang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd