Kecerdasan Buatan AlphaStar Untuk Starcraft II Kelak Akan Menentang Pemain Manusia Secara Terbuka

Kecerdasan Buatan AlphaStar Untuk Starcraft II Kelak Akan Menentang Pemain Manusia Secara Terbuka

Diterbitkan pada July 12, 2019 oleh .

Kecerdasan buatan AlphaStar oleh DeepMind telah berjaya membelasah pemain manusia profesional 10-1 di dalam permainan Starcraft II pada Januari lalu. Bagi mereka yang merasakan diri mereka lebih hebat untuk menentang AlphaStar, peluang anda akan tiba dalam masa terdekat.

Pemain manusia akan dijemput untuk menguji kehebatan secara 1 lawan 1 kelak. Buat masa ini ujian hanya akan dibuka kepada pemain di Battle.net dari benua Eropah sahaja. Mereka yang ingin menentang AlphaStar boleh menekan butang menunjukkan minat selepas melogmasuk ke Battle.net.

Mengapakah AlphaStar dibangunkan dan kenapa ia ditugaskan untuk mengawal permainan video? Ini adalah kerana permainan video seperti StarCraft II adalah amat rumit dan memerlukannya mengawal multi-unit serta melakukan keputusan yang tepat mengikut situasi. Ini ialah cabaran kepada kecerdasan buatan dan membezakannya berbanding program bot yang mungkin biasa ada temui di dalam permainan video semasa.


TIPS & ULASAN