Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah mula menawarkan telefon pintar Galaxy A80 secara rasminya untuk pasaran Malaysia. Menariknya, bersempena dengan pengenalan telefon pintar ini, pihak Samsung turut menyertakan pek edisi khas BlackPink bagi pengguna yang berminat.

Samsung Galaxy A80

Galaxy A80 merupakan telefon pintar Samsung yang hadir dengan sokongan kamera boleh diputarkan secara automatik. Ini sekaligus membolehkan Samsung menggunakan lensa kamera sama untuk rakaman kamera belakang dan juga swafoto – sekaligus menawarkan kualiti rakaman yang sangat baik.

Ia hadir dengan skrin 6.7-inci, dilengkapi cip Snapdragon 730, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 3700mAh bersama dengannya. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera gabungan 48MP + 8MP (Ultra Lebar) + ToF.

Samsung A80 BlackPink

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy A80 ini melalui kedai rasmi Samsung di Shopee pada harga RM2499, dimana anda akan turut menerima bungkusan edisi khas BlackPink, selain penawaran Galaxy Fit secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd