Carian
Facebook Didenda RM20.6 Bilion Kerana Penyalahgunaan Data Pengguna Oleh FTC
July 13, 2019 Effi Saharudin

Antara berita terbesar dunia teknologi pada tahun 2018 ialah skandal Cambridge Analytica. Sebanyak 50 juta data akaun pengguna Facebook telah dikumpulkan tanpa kebenaran dan seterusnya digunakan untuk sasaran pengiklanan pilihanraya presiden Amerika Syarikat 2016. Ini membuka Kotak Pandora yang mendedahkan bagaimana data digunakan oleh Facebook untuk pelbagai tujuan pengiklanan yang melanggar privasi pemegang akaun.

FacebookMenurut laporan Wall Street Journal, pihak FTC akan mengenakan denda sebanyak $5 bilion (~RM 20.6 bilion) ke atas Facebook kerana kegagalan memastikan privasi pengguna dijaga. Ini ialah nilai denda terbesar pernah dikenakan oleh FTC sejak Google didenda $22 juta pada tahun 2012. Selain didenda, Facebook bersetuju untuk menerangkan bagaimana data pemegang akaun akan digunakan sebelum produk baharu dilancarkan selain berjanji privasi mereka akan dilindungi.

Denda yang bakal dikenakan ini bersamaan dengan keuntungan tiga bulan pertama Facebook tahun ini. Tahun lalu mereka mencatatkan keuntungan $22.11 bilion (~RM 91 bilion) dan trend melihat keuntungan bakal meningkat lagi tahun ini

Komen