Cari @ Amanz

Xiaomi Mengacah Pengenalan Mi A3 Tidak Lama Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kita telah mula mendengar mengenai sebuah lagi telefon pintar terbaru daripada Xiaomi, iaitu dibawah siri Mi A3. Kini, pihak Xiaomi secara rasminya telah mula mengacah pengenalan peranti berkenaan.

Melalui gambar yang dikongsikan pihak Xiaomi, mereka memberikan petanda mereka bakal memperkenalkan telefon pintar Android One terbaru daripada mereka tidak lama lagi.

Xiaomi Mi A3

Membezakan peranti dibawah Android One dan telefon XIaomi lain adalah antaramukanya. Versi Android One hadir dengan antaramuka asli Android tanpa penambahan MIUI, selain menerima kemaskini lebih pantas berbanding kebiasaan.

Mengikut desas-desus sebelum ini, ia diperkatakan Mi A3 akan berasaskan kepada model CC9e sebelum ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada Xiaomi berkaitan peranti Android One mereka ini.


Komen ()