Sistem Pencetak 3D Akan Menghasilkan Kapal Angkasa Di Orbit Seawal 2022

Sistem Pencetak 3D Akan Menghasilkan Kapal Angkasa Di Orbit Seawal 2022

Diterbitkan pada July 15, 2019 oleh .

Sistem pencetak 3D telah wujud sejak 1980an tetapi teknologi ini hanya mencapai tahap kematangan sejak enam tahun yang lalu. Sudah terdapat jambatan, komponen kapal terbang, mainan, rumah dan kereta mewah dihasilkan menggunakan teknik cetakan 3D. Menjelang 2022, sebuah kapal angkasa akan dicetak dan dipasang di orbit bumi. Syarikat Made in Space telah diberikan dana oleh NASA untuk melakukan demo teknik cetakan 3D di angkasa lepas baru-baru ini.

Dana bernilai $73.7 juta akan digunakan untuk menghasilkan dan melancarkan kapal angkasa Archinaut One ke orbit bumi rendah seawal 2022. Setibanya di orbit akan mula mencetak dua rasuk sepanjang 10 meter di angkasa lepas. Ia kemudian digunakan sebagai pasak untuk jajaran solar untuk menjana kuasa elektrik.

Ujian awal ini akan melihat kebolehgunaan teknik cetakan 3D untuk membina kapal angkasa dan struktur di situasi tanpa graviti. Ia boleh menjadi batu loncatan untuk membina kapal angkasa di masa hadapan tanpa halangan graviti bumi. Pada waktu kesemua komponen satelit, kapal angkasa dan stesen angkasa lepas perlu diterbangkan dari bumi dengan roket mempunyai had saiz kargo yang boleh dibawa.


TIPS & ULASAN