Cari @ Amanz

Mungkin ada di antara pembaca Amanz yang pernah menyimpan impian menjadi seorang penulis. Saya harus akui ini ialah impian peribadi yang menjadi kenyataan lapan tahun yang lalu. Selepas menerbitkan buku pertama ramai yang meminta supaya buku kedua dihasilkan tetapi tiada minat ditunjukkan oleh penerbit tempatan kerana pasaran buku terjejas teruk. Bagi yang masih ingin menerbitkan buku sendiri platform ORBIT telah dilancarkan oleh E-Sentral.

ORBIT  ialah singkatan untuk Otomasi Penerbitan dan dibangunkan oleh E-Sentral yang menjadi platform buku digital tempatan sejak 2011. Ia membolehkan penulis tempatan untuk menerbitkan buku dan membuat permohonan ISBN secara atas talian dalam masa hanya tiga hari sahaja. Servis ini merupakan yang pertama seumpamanya dan ia boleh digunakan secara percuma. Bagi mereka yang mungkin ingin menerbitkan karya sendiri dalam bentuk buku digital, mungkin anda boleh mencuba ORBIT.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd