Apple Menghentikan Jualan iPhone SE, 6, 6 Plus Dan 6S Plus Di India

Apple Menghentikan Jualan iPhone SE, 6, 6 Plus Dan 6S Plus Di India

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Jualan peranti iPhone di India masih lagi menyusut sungguhpun peranti untuk pasaran tempatan telah dipasang di Bangaluru menurut laporan The Economic Times. Sungguhpun begitu keuntungan meningkat kerana penjualan model yang dijual pada harga yang lebih tinggi. Memandang strategi ini menunjukkan kejayaan, Apple telah menghentikan julana iPhone SE, 6, 6 Plus dan 6S Plus di India.

Model paling asas yang ditawarkan di India kini ialah iPhone 6S. Strategi baharu di India ia menjual peranti seperti iPhone XR yang dilihat memberikan nilai yang baik kepada pengguna dan dijual pada harga yang setanding dengan spesifikasi yang ditawarkan. Selain itu iOS 13 juga dikustomasi untuk memberikan sokongan kepada 22 bahasa utama di India dan kemampuan Siri memahami bahasa Inggeris dengan loghat India.

Sebelum ini kami telah melaporkan proses pengilangan iPhone 6S dan 7 telah mula dilakukan di India yang sebelum ini hanya memasang iPhone SE. Peranti ini juga telah mula dieksport keluar untuk pasaran Eropah.


TIPS & ULASAN