Cari @ Amanz

Apple mula memasang iPhone di India pada tahun 2017. Langkah ini diambil bagi mengurangkan harga jualan peranti yang di luar kemampuan kebanyakan pengguna India. Pada awalnya hanya iPhone SE dihasilkan sebelum kedengaran ura-ura pemasangan iPhone X awal tahun ini. Kini iPhone 6s dan iPhone 7 yang dipasang di India telah mula dieksport untuk pasaran Eropah.

Menurut laporan The Economic Times, sebanyak 100,000 peranti dieksport dari India ke Eropah setiap bulan. Ini adalah bersamaan dengan 70-80% kapasiti kilang Winstrom yang terletak di Bengaluru. Kilang Winstrom memulakan penghasilan iPhone 6S tahun lalu dan iPhone 7 pada awal tahun ini. Kilang dibuka di India bagi mendapatkan pelepasan cukai di bawah program Made In India sekaligus mengurangkan harga jualan iPhone yang di luar kemampuan majoriti penduduk India.

Ini dilihat sebagai langkah Apple untuk mengurangkan pergantungan kepada pengilang mereka di China. Sebelum ini Apple dilaporkan akan memindahkan sehingga 30% pengilangan mereka keluar dari China kerana tarif yang ingin dikenakan oleh Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd