Storan SSD MacBook Air 2019 Didapati Lebih Perlahan Berbanding Model 2018

Storan SSD MacBook Air 2019 Didapati Lebih Perlahan Berbanding Model 2018

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Apple telah mengemaskini siri MacBook Air pada minggu lalu yang kini dijual pada harga lebih rendah. Namun begitu, storan SSD pada model kemaskini MacBook Air 2019 ini didapati lebih perlahan berbanding model pada tahun sebelumnya. Ia dilaporkan oleh laman daripada Perancis, Consomac yang menguji kelajuan storan ini menggunakan perisian Blackmagic Disk Speed.

Apabila diuji, model MacBook Air 2019 dengan storan 256GB mencatatkan kelajuan menulis 1GB/s dan kelajuan membaca 1.3GB/s. Model yang serupa pada tahun 2018 pula, ia mencatatkan kelajuan menulis 920MB/s dan kelajuan membaca 2GB/s. Walaupun kelajuan menulis dilihat lebih perlahan, kelajuan membacanya telah menurun sebanyak 35%.

Consomac juga menguji model MacBook Air 2019 dengan storan 128GB, yang mana memberi kelajuan menulis 500MB/s dan kelajuan membaca 1.3GB/s. Kelajuan ini walau bagaimanapun serupa dengan model terdahulu atas penawaran storannya yang rendah.

Namun begitu untuk ujian di dunia sebenar, kelajuan storan ini sebenarnya masih pantas dalam melakukan tugasan-tugasan harian. Untuk model 2019 dengan storan 256GB, kelajuannya adalah 10x ganda lebih pantas berbanding cakera keras, dan 2x lebih pantas berbanding storan SSD berasaskan SATA.

MacBook Air 2019 telah dikemaskini dengan paparan True Tone, selain ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu RM4699. Jadi dengan harga yang dikurangkan, perkara ini mungkin memerlukan Apple mengubah sedikit perkakasan storan, bagi membantu untuk mengurangkan kos pengeluaran peranti.


TIPS & ULASAN