Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A80 baru sahaja dilancarkan di Malaysia dengan penawaran edisi khas Blackpink. Ia mungkin antara peranti yang paling unik di pasaran kerana penggunaan sistem kamera pop-putar yang boleh digunakan untuk pengambilan gambar biasa serta swafoto. Tetapi menurut laporan Sammobile, sebilangan pengguna awal mengalami masalah kamera yang tidak berputar dengan sempurna.

Di dalam kes Sammobile, kamera tidak berputar sepenuhnya satu setiap empat puluh kali digunakan. Menurut pengguna Twitter Ben Sin pula, masalah ini berlaku sekali setiap sepuluh kali kamera swafoto ingin digunakan. Kesemua masalah dilaporkan berlaku sejak minggu pertama peranti digunakan.

Di Amanz kami tidak tidak mengalami masalah ini namun di dalam ulasan yang telah diterbitkan kami ada menyebut kerisauan mekanisme pop-putar yang mudah kotor sungguhpun tidak digunakan dengan kerap. Ruang di antara tubuh dan mekanisme berputar adalah agak besar yang membolehkan debu memasukinya dengan mudah. Buat masa ini masalah ini hanya dilaporkan oleh sebahagian kecil pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd