Carian
Bekas Pengurus Vine Kini Menyertai Facebook Untuk Projek Rahsia
July 16, 2019 Fahim Zahar

Pada bulan Januari 2017, Twitter telah menamatkan aplikasi Vine. Vine adalah antara platform memuat naik video berulang selama 6-saat, yang mana kini digunakan oleh ramai pembangun seperti Boomerang pada Instagram. Para pembangun Vine kemudiannya hadir dengan Vine 2.0 yang dinamakan Byte. Tetapi ia masih tidak menarik perhatian orang ramai seperti Vine.

Kini salah seorang dari pasukan Vine, Jason Toff – iaitu pengurus kepada Vine telah direkrut oleh Facebook. Facebook memilih Jason untuk satu projek ‘New Product Experimentation‘ (NPE). NPE adalah aplikasi-aplikasi yang dibangunkan oleh Facebook, tetapi tidak menggunakan penjenamaan Facebook itu sendiri. Jason dilihat akan menjadi pengarah buat projek NPE Facebook ini dan bertanggungjawab untuk mencari pereka antaramuka untuk aplikasi ‘rahsia’ ini.

Dengan pengalaman Jason dengan Vine, kemudian terlibat dengan projek realiti maya dari Google dan projek Area 120 Google – tidak dinafikan Jason mempunyai bakat untuk menguruskan pasukan projek ‘rahsia’ NPE Facebook ini. Berdasarkan apa yang Facebook telah lakukan sejak kebelakangan ini, tidak hairan jika Facebook ingin hadir dengan variasi Vine/Boomerang mereka yang tersendiri.

Komen