Carian
Realme 3i Dilancarkan Untuk Pasaran India – Sebuah Realme 3 Dengan Rekaan Lebih Premium
July 16, 2019 Fahim Zahar

Peranti terbaru Realme tahun ini adalah Realme X, ia boleh dikatakan peranti utama mereka. Tetapi sebelum Realme X, Realme 3 dan Realme 3 Pro adalah fokus utama mereka dan Realme C2 pula adalah peranti paling ‘murah’ mereka. Terkini, Realme telah melancarkan satu lagi peranti dalam siri Realme 3 – iaitu Realme 3i.

Realme 3i sebenarnya adalah Realme 3 untuk pasaran India, tiada beza dari segi spesifikasi kecuali rekaan belakang sahaja. Realme 3 menggunakan rekaan warna cerun, manakala Realme 3i menggunakan rekaan berlian (Diamond-back) yang terkenal.

Realme 3i ini dikategorikan dalam peranti kelas pertengahan-asas dengan rekaan premium. Realme 3i menggunakan skrin 6.2-inci, HD+, dijana Helio P60 dan dipadankan dengan memori 3/32 GB dan 4/64 GB. Untuk kamera pula, peranti ini menggunakan tetapan dwi-lensa 13+2 Megapixel dengan ciri-ciri seperti Nightscape dan Chroma Boost seperti Realme 3. Kamera swafoto pula adalah 13 Megapixel dan dijana dengan kecerdasan buatan.

Kapasiti bateri adalah 4230mAh dan menjalankan ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie. Buat masa ini peranti ini khusus untuk pasaran India sahaja dan dijual pada harga ₹7,999 (~RM479) untuk 3/32 GB dan ₹9,999 (~RM599) untuk 4/64 GB.

Komen