Cari @ Amanz

Qualcomm pada sebelum ini telah hadir dengan siri cip yang memfokuskan kepada permainan seperti Snapdragon 730G dan Snapdragon 855+. Untuk tidak ketinggalan, MediaTek dijangka hadir dengan cip pemprosesan baru akan datang, iaitu Helio G90 yang turut membawa fokus kepada fungsi permainan.

Perkara ini diperlihatkan melalui sebuah poster yang tertiris dengan memperlihatkan penjenamaan dan slogan cip ini. Selain memperlihatkan penjenamaan “Helio P90”, poster ini turut menyatakan slogan untuk memperkasa permainan dengan prestasi lebih berkuasa. Namun begitu, poster ini tidak menyatakan sebarang spesifikasi yang akan hadir pada cip Helio G90.

MediaTek sebelum ini telah sedia mempunyai Helio P90, iaitu sebuah cip kelas pertengahan 12nm dengan penawaran prestasi berkuasa. Ia membawakan 2x Cortex-A75 2.2 GHz, 6x Cortex-A55 2.0 GHz, dan penggunaan GPU PowerVR GM 9949. Dengan melihat spesifikasi yang hadir ini, kita mungkin dapat menjangkakan penawaran yang lebih berkuasa pada Helio G90 kelak.

Dengan penggunaan permainan mudah-alih yang semakin meningkat, pengeluar pada saat ini telah hadir dengan sejumlah fungsi unik untuk mengoptimasikan penggunaan permainan ini. Antaranya Huawei telah hadir dengan teknologi GPU Turbo, yang mana dapat penjimatan tenaga dan kadar bingkai yang konsisten untuk sejumlah permainan terpilih.

Dari segi pengeluarannya, MediaTek tidak menyajikan sebarang tarikh bilakah ia akan dilancarkan kepada pengguna. Namun ia dijangka akan membawa binaan 7nm, dalam memberi penggunaan yang lebih berkuasa dan efisien.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd