Samsung Galaxy Note 10 Tidak Akan Menggunakan Cip Snapdragon 855+
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy Note 10 Tidak Akan Menggunakan Cip Snapdragon 855+

Diterbitkan pada July 17, 2019 oleh .

Cip Snapdragon 855+ baru sahaja diumumkan oleh pihak Qualcomm dan ia dihasilkan khusus untuk permua. Setakat ini hanya Asus ROG Phone 2 disahkan akan menggunakan cip baharu ini. Menurut Winfuture, sedikit mengecewakan Galaxy Note 10 tidak akan dilengkapi cip ini. Sebaliknya model untuk pasaran Amerika akan menggunakan cip Snapdragon 855 sahaja sama seperti Galaxy S10.

Snapdragon 855+Untuk model Eropah dan Malaysia, Galaxy Note 10 akan dilengkapi cip Exynos 9825 yang lebih berkuasa berbanding Exynos 9820 yang digunakan pada Galaxy S10. Dengan kata lain Galaxy Note 10 untuk pasaran Amerika adalah kurang berkuasa jika dibandingkan dengan yang dipasarkan di Asia dan Eropah. Samsung Galaxy Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos hadapan.



TIPS & ULASAN