Rekaan Asus ROG Phone 2 Tertiris – Hadir Dengan Skrin 120Hz

Rekaan Asus ROG Phone 2 Tertiris – Hadir Dengan Skrin 120Hz

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Asus ROG Phone 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai hadapan. Ia disahkan menjadi peranti pertama menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 855+ yang direka khas untuk permua. Seperti biasa apabila pelancaran semakin hampir, rekaan peranti akan tertiris awal ke arena web. Di bawah ialah imej pertama Asus ROG Phone 2 yang tidak banyak bezanya dengan model pertama.

Apa yang kami sedari ialah bahagian dagu dan dahi yang lebih nipis. Kekisi untuk pembesar suara pula tidak lagi berwarna gangsa. Bucu skrin juga lebih bulat berbanding model pertama. Besar kemungkinan skrin yang lebih besar digunakan. Tahun lalu Asus ROG Phone dilengkapi skrin sebesar 6″ dengan kadar segar semula 90HZ.

Asus telah mengesahkan ROG Phone 2 akan menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ini meletakkannya sebaris dengan Razer Phone 2. Tetapi pengguna diberikan pilihan kadar segar semula 60 dan 90 Hz jika ingin menjimatkan penggunaan bateri. Rekaan yang sama dikekalkan bagi membolehkan pelbagai aksesori khusus untuk permua ROG Phone asal digunakan semula. Bagi mereka yang mencari peranti untuk permua Android paling berkuasa, Asus ROG Phone 2 pasti dinantikan pelancarannya.


TIPS & ULASAN