Carian
Black Shark, Realme, Vivo, Nubia Dan Lenovo Mungkin Akan Hadir Dengan Peranti Snapdragon 855 Plus
July 17, 2019 Fahim Zahar

Dua hari lalu, Qualcomm telah mengumumkan pelancaran cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus. Cip ini adala cip untuk peranti mercu yang sama sahaja dengan Snapdragon 855 sebelum ini, tetapi kini ia lebih memfokuskan kepada permua. CPU dan GPU cip ini telah dilewahjam untuk memberi prestasi yang lebih menarik.

Selepas Qualcomm mengumumkan cip ini, di Weibo Black Shark, Realme, Vivo, Nubia dan Lenovo mengalu-alukan kehadiran cip ini. Ini berkemungkinan besar mereka akan hadir dengan peranti baharu yang dijana oleh cip ini. Contohnya seperti Lenovo dengan ayat ‘long awaited‘, Black Shark degan petanda yang mereka ‘sayang‘ Qualcomm, Realme dan iQOO yang mengucap ‘Hello‘ dan Nubia Red Magic terus memberitahu yang Red Magic 3 akan hadir dengan variasi Snapdragon 855 Plus tidak lama lagi.

Salah satu peranti lain yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah Asus ROG Phone 2. Ini kerana tahun lepas semasa ROG Phone pertama dilancarkan, cip Snapdragon 845 khusus yang digunakan. Jadi tidak hairan jika Asus turut akan mula menggunakan cip ini. Nampaknya pada penghujung tahun ini, kita akan lihat kehadiran lebih banyak lagi peranti mercu baharu dan semuanya berada dalam kategori harga berpatutan.

Komen